Kenapa ada idea ini? Sebab saya nampak ada ramai orang muda di masyarakat kita hilang hala tuju. Ada yang melepak, ada yang hisap gum, ada yang menjadi mat rempit. Yang teruk sekali ialah mereka meragut dan mencuri barang.
Perkara diatas berlaku kerana mereka tidak dapat menyesuaikan sendiri dalam pelajaran sekolah. Jadi macam mana untuk menarik balik mereka dari jalan yang sesak? Salah satu cara boleh cuba iaitu agama. Tidak kira apa agama, asalkan agama itu mengajar mereka supaya menjadikan seorang yang bertanggungjawab untuk masyarakat ia mungkin boleh menyelesaikan sedikit sebanyak masalah sosial.
Di DUN Teratai saya atau ahli majlis kita semua pun ‘colour blind’. Ini bermaksud apa yang bagus untuk penduduk kita, apa-apa program yang boleh menaikkan ilmu pengetahuan di komunti kita akan cuba menjayakan. Kalau seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, beliau akan mempunyai keyakinan sendiri. Orang yang mempunyai keyakinan juga akan memperkenalkan ilmu pengetahuan atau agama mereka untuk orang ramai.
Dalam penganjuran program ini, saya difahamkan pembangkan di negeri Selangor telah memberi banyak tekanan kepada komiti ini. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua komiti walaupun mengalami tekanan tetapi masih berjaya menganjurkan program ini.
Saya berpendapat dalam masyarakat kita perjuangan rakyat adalah dalam isu demokrasi, hak asasi manusia, keadilan dan kesaksamaan dan kebebasan ia termasuk berhimpun dan bersuara. Jadi kita haruslah buka minda kita supaya tidak jatuh dalam isu perkauman yang sengaja dimainkan oleh sebahagian pihak.
Jikalau ada mana-mana pihak yang tidak senang hati untuk melihat program ini berjaya dengan kerjasama pejabat ADN Teratai dan Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz (MAHFUZ) saya mencabarkan mereka supaya memberi lebih sumbangan lagi kepada sekolah agama ini supaya sekolah ini dapat dana yang cukup untuk menganjurkan pelbagai program.
Taniah dan syabas kepada semua pemenang untuk hari ini.