Jun 29 2010

DAP: Kenyataan nisbah 1:40 berbaur perkauman

Posted by admin in B. Malaysia, Berita
DAP hari ini menafikan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Sebaliknya, menurut Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di lobi parlimen, hari ini, DAP menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman.

“Ini adalah kenyataan palsu dan berbaur perkauman. Ia digunakan untuk menakutkan Melayu supaya merka percaya yang mereka akan kehilangan pegangan politik,” kata Loke.

Katanya, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kebanyakan pengundi baru adalah dari Umno dan 70 peratus daripada mereka adalah bumiputera manakala selebihnya bukan bumiputera.

“Jadi mustahil terdapat lebih ramai pengundi baru bukan Melayu,” katanya.

Semalam pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.

Ahli parlimen Rasah itu berkata beliau berpendapat pemuda Umno kini lebih terbuka dan ketuanya, Khairy Jamaluddin mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang progresif.

“Saya dengan ini mencabar Pemuda Umno untuk membuktikan keterbukaannya dengan menyokong pendaftaran pengundi baru secara automatik. Saya juga bersedia menandatangai memorandum kerjasama bagi membuktikan kotmitmen,” katanya.

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dan mendakwa ia tidak tepat serta berbaur perkauman.

“Kenyataan itu bertujuan menakutkan oeang Melayu supaya terus menyokong Umno. Saya berharap kerajaan akan memantau laporan itu kerana ia boleh menimbulkan kebencian kaum,” katanya.

MalaysiaKini - Jun 29, 10
http://www.malaysiakini.com/news/135860

VN:F [1.9.3_1094]
Rating: +1 (from 1 vote)
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • Google Bookmarks
  • del.icio.us
  • MySpace
  • Netvibes
  • NewsVine
  • Reddit
  • Technorati
  • Twitter
  • Blogosphere News
  • Haohao
  • Live
  • Mixx
  • MyShare
  • Slashdot
  • Socialogs
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Add to favorites
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Blogplay
  • blogtercimlap
  • Diigo
  • eKudos
  • email
  • Global Grind
  • HackerNews
  • HelloTxt
  • Identi.ca
  • PDF
  • RSS
  • SphereIt

Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts

  1. 霹雳州社青团促请巫青团向人民公开澄清和道歉 -
  2. DAPSY menggesa Pemuda UMNO menarik balik kenyataan mereka yang mengelirukan dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat -
  3. DAP: Kenyataan nisbah 1:40 berbaur perkauman (This post) -
  4. DAP dominasi pendaftaran pengundi muda -
  5. DAP leads Umno, PAS in race for new voters -

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>